Pages

Jom Join Facebook "BICARA WANITA" kita bincang dan kongsi cerita wanita
Kami Masih Baru, bantu kami jika anda ada cerita menarik untuk dikongsi, sila email kan ke bicarawanita696@gmail.com

Duit Rakyat habis bayar saman kerana kesalahan pihak polis

wanita-bogel-ketuk-ketampiCerita ini dah lama, ingat lagi tak?
di mana seorang wanita ini telah dibogelkan dan disuruh ketuk ketampi di balai polis Petaling Jaya oleh salah seorang anggota polis wanita dan kejadian tersebut telah dirakam oleh anggota polis yang lain di balai tersebut.

Simpati sangat dengan apa yang dialami wanita tu. Sebab dimalukan macam tu. Tapi tujuan tindakan ketuk ketampi tersebut dikatakan dibuat bagi tujuan pemeriksaan mencari dadah yang disembunyikan  di tubuh badan seseorang.


Malangnya ada anggota polis yang tidak bertanggungjawab merakam aksi tersebut dan menyebarkannya. mungkin balai polis sangat lemah kawalan keselamatannya, sampaikan orang lain boleh intai dan ambil video seperti itu, memang tidak patut.. jahat sekali

Wanita itu telah menfailkan saman malu kepada kerajaan pada tahun 2005 ,kerana dimalukan di khalayak ramai.Kejadian tersebut adalah bagai mimpi ngeri buatnya.

Akhirnya, Kerajaan terpaksa bertanggungjawab setelah kalah dalam kes ini dan bersetuju memberi pampasan kepada wanita yang malang ini. namun jumlah pampasan tidak didedahkan, maka habis lagi lah duit rakyat digunakan untuk bayar kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis.

Kalau ya pun nak suruh berbogel untuk cari barangan yang dicari, seharusnya polis peka dengan perkara ini, jangan la malukan tertuduh yang belum tentu lagi salahnya itu, tak bolehkah jaga sikit sensitiviti kaum wanita, samapi nak tengok satu badan nei kenapa. tak boleh kew buat dalam bilik tertutup.

Kalau lalu polis lelaki masa ketuk ketampi macam mana, depa nei bukan boleh percaya sangat.