Pages

Jom Join Facebook "BICARA WANITA" kita bincang dan kongsi cerita wanita
Kami Masih Baru, bantu kami jika anda ada cerita menarik untuk dikongsi, sila email kan ke bicarawanita696@gmail.com
Showing posts with label Yb Zuraidah. Show all posts
Showing posts with label Yb Zuraidah. Show all posts

Wang peruntukan program permata habis, isteri PM minta lagi


Najib Razak digesa merujuk permintaan isterinya,Rosmah Mansor yang mahu peruntukan lebih untuk Program Permata Negara (Permata), dibincang di parlimen.

Ketua Wanita Pusat, Zuraida Kamaruddin berkata, Ini kerana peruntukan sebanyak RM111 juta yang diperuntukkan buat Permata pada Belanjawan 2011 lalu juga telah habis diguna pakai tanpa sebarang laporan rekod kewangan dan perbelanjaan dibentangkan. seharusnya, data keberhasilan dan  indikator pencapaian program permata perlu dikemukakan kepada semua Ahli Parlimen agar kajian penambahbaikkan yang menyeluruh juga dapat dibuat.


“Najib selaku Menteri Kewangan sendiri harus tahu bahawa laporan kewangan dan rekod perbelanjaan ini penting bagi mengawal aliran perbelanjaan negara, sekaligus mengelakkan pembaziran yang melampau dan berterusan,, wang rakyat dan pembayar cukai tidak seharusnya digunakan untuk tujuan publisiti dan peribadi, termasuk pembelian beg tangan dan cincin berlian berharga jutaan ringgit” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

“Maka, saya menggesa agar Najib membentang dan mendebatkan perkara ini di sidang Parlimen terlebih dahulu sebelum meluluskan atau membuat sebarang keputusan mengenainya kerana ianya akan melibatkan jutaan ringgit dana awam, kata Zuraida lagi

Pada 28 Julai lalu, Bernama melaporkan Rosmah meminta supaya peruntukan untuk Permata ditambah kononnya bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan memerlukan, terutama di luar bandar.

Pada Mei lalu, kerajaan memberi alasan menaikkan harga gula sebanyak 20 sen sekilogram, bagi menjimatkan wang negara sebanyak RM116.6 juta, sedangkan Permata memperoleh peruntukan yang hampir sama dengan jumlah subsidi berkenaan untuk tahun ini, namun tiada laporan kewangan dibentangkan mengenai jumlah perbelanjaan yang digunakan untuk program permata.

Benarlah kata najib "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' Rosmah dikaitkan dengan pembelian sebentuk cincin "permata" bernilai lebih RM24 juta, dan beberapa koleksi beg tangan bernilai ratusan ribu ringgit setiap satu.
BACA LAGI - Wang peruntukan program permata habis, isteri PM minta lagi

Pakatan rakyat bela hak 380 Pekerja Dawama Sdn Bhd


Tindakan pihak pengurusan Dawama Sdn Bhd yang memberikan Notis Cuti Tidak Bergaji (Unpaid Leave) tanpa merujuk kepada Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Dawana adalah suatu yang amat tidak professional.

380 orang pekerja Dawama Sdn Bhd yang merupakan syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah keluaran dewan bahasa dan pustaka (DBP) itu kini terpaksa hidup dalam keadaan yang sukar selepas syarikat itu mengeluarkan notis cuti tanpa gaji, yang juga tidak menetapkan tempoh sehingga bila berkuatkuasa.,



Malah Dawama Sdn Bhd juga dilaporkan masih belum membawar gaji bulan Julai. tambahan lagi mereka kini telah hilang punca pencarian dalam bulan ramadhan ini dan sambutan hari raya kurang sebulan lagi mungkin disambut dalam keadaan serba kekurangan.


Mewakili 80 pekerja-pekerja wanita Dawama yang teraniaya, YB Hajah Zuraida Kamaruddin
iaitu Ketua Wanita Parti Keadilan yang juga Merangkap Ahli Parlimen Ampang menyokong usaha dan gesakan Persatuan Sekerja Dawama agar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan dalam isu ini.



"Apa yang berlaku juga menunjukkan suatu bukti kegagalan dasar penswastaan oleh Kerajaan Pusat BN. Penjanjian antara Dawama-DBP-Kerajaan harus dikaji serta-merta agar nasib dan hak pekerja Dawama ini terbela". Ujarnya lagi.
BACA LAGI - Pakatan rakyat bela hak 380 Pekerja Dawama Sdn Bhd

Shahrizat tak layak jadi menteri



YB Hajah Zuraida Kamaruddin iaitu Ketua Wanita Keadilan Malaysia dan juga Merangkap Ahli Parlimen Ampang pada 27 julai 2011 telah membidas kenyataan Sharizat jalil di dalam konvensyen persidangan Wanita 2011.


Ahli Parlimen Ampang itu menyifatkan Shahrizat masih ditahap primitif dan sangat kuno dalam memahami tuntutan sebenar wanita di negara ini.


Kenyataan sharizat yang membandingkan dasar 30 peratus ini dengan agihan kebajikan juga seolah menghina keupayaan golongan pekerja wanita di negara ini. Selaku taraf Menteri kenyataan seperti ini tidak sepatutnya diucapkan.

Kerajaan juga nampaknya cuba mengelirukan rakyat. Hasrat sasaran 30% kuota wanita dalam barisan lembaga pengarah korporat bukanlah sesuatu yang baru, malah suatu yang langkah yang terkebelakang sebenarnya. Ini kerana, sedia maklum bahawa penilaian merit memang sudah menjadi budaya korporat dalam mengukur dan mengetengahkan pencapaian seseorang pekerja, tidak kira lelaki mahupun wanita.

Kerajaan seharusnya berganjak dari sistem kuota sebegini. Penilaian berasaskan merit harus dimula dan disegerakan. Inilah yang diamalkan negara-negara membangun dan maju dan kerajaan harus diimplikasikan oleh kerajaan sebenarnya.

Kemampuan kerajaan juga layak dipersoalkan. Buktinya, sehingga kini Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Umno dan BN sendiri masih belum bersedia untuk menyediakan kuota 30 peratus kuota buat wanita.

Malah, kerajaan sendiri juga gagal untuk melaksanakan apa yang dimeterai sewaktu Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) di setiap peringkat -  dari peringkat Menteri dan Kerajaan, Kementerian dan Jabatan sehinggalah ke peringkat pertubuhan dan organisasi, walaupun telah ditandatangi selama hampir 15 tahun lamanya.

"Maka saya bimbang dasar yang mahu dicapai ini kelak akan digunakan untuk memanipulasi sektor korporat demi kepentingan politik mereka semata-mata." Ujar YB Zuraidah lagi

Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, sasaran kerajaan ini bukan sahaja tidak memajukan pekerja wanita yang berada di sektor awam, tetapi juga merencatkan perkembangan penglibatan wanita dalam korporat juga.

"Gesaan saya agar kerajaan regulasikan akta berkenaan perkara ini. Sekaligus ianya akan mampu berikan manfaat yang lebih menyeluruh kepada semua pekerja wanita di negara ini, dan tidak hanya sektor korporat semata-mata." Tegasnya lagi

Apa yang diharapkan sebenarnya ialah suatu reformasi dari pembudayaan merit sektor swasta ini ditranversikan kepada sektor perkhidmatan awam agar pembangunan pekerja wanita di negara ini lebih seimbang antara keduanya.

YB Zuraidah berkata, sharizat seharusnya sedar dengan semua perkara ini dan bertindak dengan lebih progresif, dan tidak sebaliknya iaitu terus-terusan membuat ucapan kuno dan primitif sebegini kerana ia adalah suatu kekecewaan buat wanita di negara ini.












BACA LAGI - Shahrizat tak layak jadi menteri