Pages

Jom Join Facebook "BICARA WANITA" kita bincang dan kongsi cerita wanita
Kami Masih Baru, bantu kami jika anda ada cerita menarik untuk dikongsi, sila email kan ke bicarawanita696@gmail.com
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Jom raya - Kita buat Neiman Marcus Cookies nak ?


Raya pun dah tak lama lagi, kita nei selalu bila nak raya kita suka sangat beli kuih tunjuk-tunjuk jew, bukan ape, sekarang barang semua dah mahal, kalau boleh kita berjimat la cikit, boleh duit tu kelain pulak, beli baju kew, beli langsir kew, baru meriah raya.. hihihihi

Tak sampai pun 2 minggu lagi kita nak sambut raya, sempat rasanya kita nak buat cikit cookies, bukan ape, anak-anak pun boleh makan, hati suami pun senang nanti.

tapi dalam hati agaknya dia cakap
"selamat duit aku" hihihihi....

Arinei bicarawanitamalaysia nak kongsi resepi  " Neiman Marcus cookies" sedap garing-garing ranggup gitu cookies nei, kalau tak percaya cuba la...

Bahannyew
2 cawan mentega (jangan pakai yang tak halal punye tau)
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 cawan gula
5 cawan oats, dikisar
24 oz chocolate chips
2 cawan gula perang
1 sudu teh garam
18 oz coklat bar, diparut
4 biji telur
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla atau chocolate
3 cawan kekacang, dicincang
(kekacang ikut pilihan anda, walnuts, hazelnuts, badam dll)

Cara nak masak cookies nei pulak
1. Oats dikisar sehingga menjadi halus.
2. Pukul mentega bersama gula dan gula perang. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung, oats, garam, baking powder dan baking soda dan gaul adunan sehingga ia sebati.
4. Masukkan pula chocolate chip, parutan coklat dan kekecang. Gaul sehingga adunan sebati.
5. Bulatkan adunan dan atur diatas loyang pembakar 2 inci diantara adunan biskut.
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 190’C.

. Nota : Oat, pakai oat kasar, baru sedap.

Hah tak percaya try la, kalau buat tu jangan membazir pulak ye, tapi cookies nei sedap, mesti anak-anak  suka sangat, silap -silap tak sempat raya dah habis, jawapannya terpaksa la jugak biskut tunjuk-tunjuk.. hai pening kepala si abang tu.
BACA LAGI - Jom raya - Kita buat Neiman Marcus Cookies nak ?

Awas, Mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tidak Halal



Mentega jenama 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' yang dipasarkan di Malaysia adalah tidak halal.

Ketua Pengarah Jakim Othman Mustapha berkata keputusan itu dibuat selepas mendapati produk tersebut datang dari kilang yang sama dengan yang diedarkan di Sarawak walaupun pengimportnya berbeza dan untuk pasaran berbeza.

"Perkara ini disahkan sendiri oleh wakil syarikat Ballantyne Food dari New Zealand yang mengeluarkan produk itu. Sehubungan itu umat Islam seluruh negara diminta untuk tidak menggunakan produk tersebut," kata Othman Mustapha lagi

Othman berkata perkara itu juga telah dimaklumkan kepada syarikat pengimport dan mereka bersetuju menarik balik produk terbabit dari pasaran.

Pada 19 Julai lepas Jabatan Agama Islam Sarawak mengisytiharkan produk itu yang digunakan segelintir pengusaha kek lapis sebagai tidak halal kerana dikesan mengandungi DNA (asid deoksiribonukleik) babi.
BACA LAGI - Awas, Mentega 'Pure Creamery Butter-Golden Churn' Tidak Halal

Puding Mangga berCocktail buah campuran

Bahan-Bahan:

1 Kotak puding mangga segera Nona
1 Tin susu cair
1 Tin Buah-buahan campur

Cara:
Masak puding mangga terlebih dahulu.. masukan puding yang sudah dimasak ke dalam acuan mengikut idea sendiri.. Untuk lebih mudah masukan ke dalam loyang 4segi, dan tunggu sehingga sejuk..

Potong puding yang sudah sejuk berbentuk dadu (jangan terlalu kecil), Masuk dan adukan semua bahan-bahan yang disediakan..

Akhirnya puding anda sedia untuk dihidang.. (mudah dan easy)

Ia juga boleh dihidang dengan ketulan ais atau dimakan ketika masih sejuk
BACA LAGI - Puding Mangga berCocktail buah campuran

Apam Sri Ayu


Bahan-Bahan:

3 biji telur
½ cawan santan atau susu
½ camca kecil soda bikarbonat
¼ cawan susu
Sedikit garam
Sedikit tepung 2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
½ camca kecil ovallete (jika ada)
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa

Cara:
Telur dimesin bersama gula hingga kembang. Masukkan santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, mesin hingga sebati. Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambik sedikit kelapa yang telah dimasak tadi dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepun tadi. Kukus hingga masak selama 15 minit.

P/s: Credit kepada , Damia Qistina (DQ) untuk resepi hebat ini
BACA LAGI - Apam Sri Ayu