Pages

Jom Join Facebook "BICARA WANITA" kita bincang dan kongsi cerita wanita
Kami Masih Baru, bantu kami jika anda ada cerita menarik untuk dikongsi, sila email kan ke bicarawanita696@gmail.com

Sekumpulan lelaki bertopeng serbu rumah ibu tunggal


Seorang armalah bagaikan bermimpi apabila rumahnya di rantau panjang tiba-tiba diserbu sekumpulan lelaki bersenjata kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Pintu rumahnya ditendang kumpulan lelaki terbabit yang datang tanpa diundang.lebih parah lagi dakwa Noraisiah Che Ghani, 40 salah seorang lelaki bertopeng lengkap bersenjata itu menendang di bahagian perutnya sehingga terduduk.


”Kesannya saya mengalami sakit di bahagian pinggang dan perut sehingga sekarang. Ketika kejadian saya sedang tidur di ruang tamu tiba-tiba terperanjat mendengar bunyi kenderaan yang kuat di halaman rumah,Sebaik sahaja bangun dua anggota polis bertopeng menendang pintu rumah dan tendangan terkena perut sehingga saya terduduk.
“Sampai hari ini saya tidak boleh duduk lama kerana sakit di bahagian pinggang dan perut,” ujarnya berniaga sayur di Pasar Rantau Panjang.

Armalah kepada tiga anak yang berusia antara sembilan dan setahun setengah itu pada mulanya panik tidak tahu apa punca kedatangan lelaki bertopeng lengkap bersenjata.sebab kedatangan mereka terus bertindak mengeledah rumah tersebut.

"Seorang anggota polis pada awalnya mendakwa kononnya saya terlibat menyeludup senjata api,Selepas lama mengeledah kemudian salah seorang anggota polis terbabit memohon maaf di atas kesilapan mereka, lalu meninggalkan rumah saya” katanya yang masih tidak dapat melupakan peristiwa berkenaan ketika ditemui di rumahnya hari ini.

Ketika kejadian turut berada di rumahnya tiga anaknya, emak yang cacat penglihatan, dan dua adik beradiknya.

Noraisiah memberitahu beliau kemudian ditawarkan sejumlah  bayaran sebagai kos perubatan bagi menutup kes tersebut ketika datang membuat laporan polis di Balai Polis Rantau Panjang.

Sementara itu anggota Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof berharap kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab ke atas mangsa yang ditendang sekumpulan lelaki bersenjata alasan disyaki sebagai penyeludup senjata.

“Kita minta kerajaan dan pasukan polis bertanggungjawab terhadap apa yang berlaku. Mereka juga meninggalkan mangsa begitu sahaja tanpa membantunya membawa ke hospital biar pun tercedera,” katanya ketika menziarahi mangsa di rumahnya di sini.