Pages

Jom Join Facebook "BICARA WANITA" kita bincang dan kongsi cerita wanita
Kami Masih Baru, bantu kami jika anda ada cerita menarik untuk dikongsi, sila email kan ke bicarawanita696@gmail.com

Jom raya - Kita buat Neiman Marcus Cookies nak ?


Raya pun dah tak lama lagi, kita nei selalu bila nak raya kita suka sangat beli kuih tunjuk-tunjuk jew, bukan ape, sekarang barang semua dah mahal, kalau boleh kita berjimat la cikit, boleh duit tu kelain pulak, beli baju kew, beli langsir kew, baru meriah raya.. hihihihi

Tak sampai pun 2 minggu lagi kita nak sambut raya, sempat rasanya kita nak buat cikit cookies, bukan ape, anak-anak pun boleh makan, hati suami pun senang nanti.

tapi dalam hati agaknya dia cakap
"selamat duit aku" hihihihi....

Arinei bicarawanitamalaysia nak kongsi resepi  " Neiman Marcus cookies" sedap garing-garing ranggup gitu cookies nei, kalau tak percaya cuba la...

Bahannyew
2 cawan mentega (jangan pakai yang tak halal punye tau)
4 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking soda
2 cawan gula
5 cawan oats, dikisar
24 oz chocolate chips
2 cawan gula perang
1 sudu teh garam
18 oz coklat bar, diparut
4 biji telur
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla atau chocolate
3 cawan kekacang, dicincang
(kekacang ikut pilihan anda, walnuts, hazelnuts, badam dll)

Cara nak masak cookies nei pulak
1. Oats dikisar sehingga menjadi halus.
2. Pukul mentega bersama gula dan gula perang. Masukkan telur dan esen vanilla.
3. Masukkan tepung, oats, garam, baking powder dan baking soda dan gaul adunan sehingga ia sebati.
4. Masukkan pula chocolate chip, parutan coklat dan kekecang. Gaul sehingga adunan sebati.
5. Bulatkan adunan dan atur diatas loyang pembakar 2 inci diantara adunan biskut.
6. Bakar selama 10 minit pada suhu 190’C.

. Nota : Oat, pakai oat kasar, baru sedap.

Hah tak percaya try la, kalau buat tu jangan membazir pulak ye, tapi cookies nei sedap, mesti anak-anak  suka sangat, silap -silap tak sempat raya dah habis, jawapannya terpaksa la jugak biskut tunjuk-tunjuk.. hai pening kepala si abang tu.