Ahli Parlimen Ampang itu menyifatkan Shahrizat masih ditahap primitif dan sangat kuno dalam memahami tuntutan sebenar wanita di negara ini.
Kenyataan sharizat yang membandingkan dasar 30 peratus ini dengan agihan kebajikan juga seolah menghina keupayaan golongan pekerja wanita di negara ini. Selaku taraf Menteri kenyataan seperti ini tidak sepatutnya diucapkan.
Kerajaan juga nampaknya cuba mengelirukan rakyat. Hasrat sasaran 30% kuota wanita dalam barisan lembaga pengarah korporat bukanlah sesuatu yang baru, malah suatu yang langkah yang terkebelakang sebenarnya. Ini kerana, sedia maklum bahawa penilaian merit memang sudah menjadi budaya korporat dalam mengukur dan mengetengahkan pencapaian seseorang pekerja, tidak kira lelaki mahupun wanita.
Kerajaan seharusnya berganjak dari sistem kuota sebegini. Penilaian berasaskan merit harus dimula dan disegerakan. Inilah yang diamalkan negara-negara membangun dan maju dan kerajaan harus diimplikasikan oleh kerajaan sebenarnya.
Kemampuan kerajaan juga layak dipersoalkan. Buktinya, sehingga kini Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Umno dan BN sendiri masih belum bersedia untuk menyediakan kuota 30 peratus kuota buat wanita.
Malah, kerajaan sendiri juga gagal untuk melaksanakan apa yang dimeterai sewaktu Konvensyen Menghapuskan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) di setiap peringkat - dari peringkat Menteri dan Kerajaan, Kementerian dan Jabatan sehinggalah ke peringkat pertubuhan dan organisasi, walaupun telah ditandatangi selama hampir 15 tahun lamanya.
"Maka saya bimbang dasar yang mahu dicapai ini kelak akan digunakan untuk memanipulasi sektor korporat demi kepentingan politik mereka semata-mata." Ujar YB Zuraidah lagi
Menurut Ahli Parlimen Ampang itu, sasaran kerajaan ini bukan sahaja tidak memajukan pekerja wanita yang berada di sektor awam, tetapi juga merencatkan perkembangan penglibatan wanita dalam korporat juga.
"Gesaan saya agar kerajaan regulasikan akta berkenaan perkara ini. Sekaligus ianya akan mampu berikan manfaat yang lebih menyeluruh kepada semua pekerja wanita di negara ini, dan tidak hanya sektor korporat semata-mata." Tegasnya lagi
Apa yang diharapkan sebenarnya ialah suatu reformasi dari pembudayaan merit sektor swasta ini ditranversikan kepada sektor perkhidmatan awam agar pembangunan pekerja wanita di negara ini lebih seimbang antara keduanya.
YB Zuraidah berkata, sharizat seharusnya sedar dengan semua perkara ini dan bertindak dengan lebih progresif, dan tidak sebaliknya iaitu terus-terusan membuat ucapan kuno dan primitif sebegini kerana ia adalah suatu kekecewaan buat wanita di negara ini.