Pages

Jom Join Facebook "BICARA WANITA" kita bincang dan kongsi cerita wanita
Kami Masih Baru, bantu kami jika anda ada cerita menarik untuk dikongsi, sila email kan ke bicarawanita696@gmail.com

Pakatan rakyat bela hak 380 Pekerja Dawama Sdn Bhd


Tindakan pihak pengurusan Dawama Sdn Bhd yang memberikan Notis Cuti Tidak Bergaji (Unpaid Leave) tanpa merujuk kepada Kesatuan Sekerja Pekerja-pekerja Dawana adalah suatu yang amat tidak professional.

380 orang pekerja Dawama Sdn Bhd yang merupakan syarikat konsesi mencetak dan mengedar buku dan majalah keluaran dewan bahasa dan pustaka (DBP) itu kini terpaksa hidup dalam keadaan yang sukar selepas syarikat itu mengeluarkan notis cuti tanpa gaji, yang juga tidak menetapkan tempoh sehingga bila berkuatkuasa.,



Malah Dawama Sdn Bhd juga dilaporkan masih belum membawar gaji bulan Julai. tambahan lagi mereka kini telah hilang punca pencarian dalam bulan ramadhan ini dan sambutan hari raya kurang sebulan lagi mungkin disambut dalam keadaan serba kekurangan.


Mewakili 80 pekerja-pekerja wanita Dawama yang teraniaya, YB Hajah Zuraida Kamaruddin
iaitu Ketua Wanita Parti Keadilan yang juga Merangkap Ahli Parlimen Ampang menyokong usaha dan gesakan Persatuan Sekerja Dawama agar Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan dalam isu ini.



"Apa yang berlaku juga menunjukkan suatu bukti kegagalan dasar penswastaan oleh Kerajaan Pusat BN. Penjanjian antara Dawama-DBP-Kerajaan harus dikaji serta-merta agar nasib dan hak pekerja Dawama ini terbela". Ujarnya lagi.