Pages

Jom Join Facebook "BICARA WANITA" kita bincang dan kongsi cerita wanita
Kami Masih Baru, bantu kami jika anda ada cerita menarik untuk dikongsi, sila email kan ke bicarawanita696@gmail.com

NGO Jingga 13 mahu Agong campur tangan isu hina Islam

NGO Jingga 13 hari ini menyerahkan surat kepada Yang DiPertuan Agong berhubung isu seorang individu yang didakwa menghina agama Islam di laman Facebooknya.

Penyerahan itu diketuai pengerusinya Fariz Musa kepada wakil pihak istana negara, DSP Shahar Mansor di sini.

Menurut Fariz penyerahan tersebut bagi memohon tuanku campur tangan ekoran tiada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak kerajaan walaupun aduan telah dibuat kepada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mahupun Suruhanjaya Komunikasi dan Multi Media (SKMM).

Menurutnya ianya sesuai dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang meletakkan Yang Dipertuan Agong sebagai Ketua Agama Islam bagi menjaga kesucian agama di negara ini.

"Kegagalan Jamil Khir mahu pun Jakim dan juga SKMM dalam bertindak terhadap individu terbabit, kami berasa selaras dengan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan berharap campur tangan dari pihak istana dapat menyelesaikan isu tersebut.

"Semua agensi enggan mengambil tindakan serius dan apa yang kita lihat masing-masing cuba lepas tangan walaupun secara terang-terang lawan sesawang mahupun laman sosial itu menghina serta boleh memesongkan akidah umat Islam dinegara ini," katanya.

Sebelum ini, inividu yang mengelarkan dirinya sebagai Sitt Al-Wuzara didakwa mengeluarkan kata-kata menghina agama Islam didalam blognya makcikhajjahsittalwuzara.com dan juga di laman sosial Facebook.

Beberapa laporan kepada pihak berwajib agama juga telah dibuat pelbagai pihak berhubung perkara itu yang juga sebelum ini pernah disiarkan sebuah akhbar berbahasa Melayu.

Menurut Fariz, individu terbabit bukan sahaja menghina Islam tetapi telah turut menderhaka kepada Yang Di Pertuan Agong dengan mengeluarkan kata-kata kesat tanpa rasa bersalah, malah tiada tindakan tegas diambil.

Tambah beliau lagi, bagi mengelakkan kes-kes murtad yang semakin meningkat serta tindakan yang melampau terhadap pemesongan akidah, penyelewengan fakta dan juga penghinaan agama Islam yang sangat merbahaya maka campur tangan Yang DiPertuan Agong adalah amat perlu.

"Kita sentiasa disajikan dengan berita mahupun isu murtad yang berlaku dinegara ini, perkara ini adalah amat serius serta perlu di tangani segera dan kami melihat pemesongan akidah serta memyebabkan seseorang itu menjadi murtad adalah disebabkan apa yang dimainkan oleh laman sesawang mahupun laman sosial dan inilah cara yang paling halus digunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.
BACA LAGI - NGO Jingga 13 mahu Agong campur tangan isu hina Islam

Kenapa tak naikkan cukai prepaid 60% ajew



Dah mengong dah agaknya menteri kat malaysia nei, kalau tak mengong pun, nei mesti kes nak cepat kaya la nei, semua-semua nak naikkan, gula nak naikkan, minyak naik, tepung naik roti naik, semua dah naik angain jew nei.. bila la pulak nak turun...agaknya bila BN kalah agaknye.

Mesti ramai tak setuju dengan kewujudan cukai top up ini, 6 peratus dilihat macam skit kan.Tapi sebenarnya banyak.

Contohlah kita beli top up RM10, maka termasuk cukai , harga RM10.60. Kena bayar extra 60 sen.
Kalau kita beli topup RM50, maka harga termasuk cukai 6% adalah RM53.00. Kena bayar extra RM3.00

Bayangkan kita beli topup RM50 sebanyak 100 kali, maka wang yang dikeluarkan sahaja untuk bayar tax topup adalah RM300 ( 100 X RM3.00 ). Mahal gak tu.

So kalau 10,000 orang membayar cukai RM300, maka untunglah kerajaan sebab dapat RM3,00 0,000.
Sebagai tanda kita bantah jom sokong  FB “Kami bantah cukai 6% untuk produk reload dan Simpack.

hah.. Kerajaan ingat rakyat bodoh kew... tak boleh la tipu rakyat, kenapa... syarikat talipon tu tak untung kew... tipu jew kerajaan nei.. nak duit la tu.
BACA LAGI - Kenapa tak naikkan cukai prepaid 60% ajew

Duit Rakyat habis bayar saman kerana kesalahan pihak polis

wanita-bogel-ketuk-ketampiCerita ini dah lama, ingat lagi tak?
di mana seorang wanita ini telah dibogelkan dan disuruh ketuk ketampi di balai polis Petaling Jaya oleh salah seorang anggota polis wanita dan kejadian tersebut telah dirakam oleh anggota polis yang lain di balai tersebut.

Simpati sangat dengan apa yang dialami wanita tu. Sebab dimalukan macam tu. Tapi tujuan tindakan ketuk ketampi tersebut dikatakan dibuat bagi tujuan pemeriksaan mencari dadah yang disembunyikan  di tubuh badan seseorang.


Malangnya ada anggota polis yang tidak bertanggungjawab merakam aksi tersebut dan menyebarkannya. mungkin balai polis sangat lemah kawalan keselamatannya, sampaikan orang lain boleh intai dan ambil video seperti itu, memang tidak patut.. jahat sekali

Wanita itu telah menfailkan saman malu kepada kerajaan pada tahun 2005 ,kerana dimalukan di khalayak ramai.Kejadian tersebut adalah bagai mimpi ngeri buatnya.

Akhirnya, Kerajaan terpaksa bertanggungjawab setelah kalah dalam kes ini dan bersetuju memberi pampasan kepada wanita yang malang ini. namun jumlah pampasan tidak didedahkan, maka habis lagi lah duit rakyat digunakan untuk bayar kesilapan yang dilakukan oleh pihak polis.

Kalau ya pun nak suruh berbogel untuk cari barangan yang dicari, seharusnya polis peka dengan perkara ini, jangan la malukan tertuduh yang belum tentu lagi salahnya itu, tak bolehkah jaga sikit sensitiviti kaum wanita, samapi nak tengok satu badan nei kenapa. tak boleh kew buat dalam bilik tertutup.

Kalau lalu polis lelaki masa ketuk ketampi macam mana, depa nei bukan boleh percaya sangat.
BACA LAGI - Duit Rakyat habis bayar saman kerana kesalahan pihak polis

Siapa Wanita Terberat Di Dunia



Beliau ialah Pauline Potter dan beliau secara rasmi telah memecahkan rekod dunia sebagai wanita terberat di dunia atau wanita paling gemuk di dunia.,beliau telah disenaraikan sebagai wanita terberat di Guinnes World Records 2012


Pauline berusia 47 tahun dari Sacramento, California, Amerika syarikat, menghadapi kesukaran  dalam aktiviti hariannya seperti  berjalan, menaiki kereta  malah bergerak dan berpusing di katilnya membuatkan Pauline sekarang ni cuba untuk menurunkan berat badannya yang mencecah 700 pounds atau seberat 317.5 kg itu.

Pauline menyatakan bahawa gen yang dibawanya itu menyebabkan dia menjadi obese. Sejak kecil lagi, dia dibesarkan dengan pelbagai makanan yang mampu menaikkan berat badannya, Emaknya memiliki berat lebih 181 kg dan bapanya melebihi 272 kg. 7 dari 8 orang adik beradiknya memiliki berat melebihi 136 kg.

Pauline Potter sendiri menyesal dengan keadaannya sekarang ini dan masih berusaha untuk menurunkan berat badannya kerana bila dah berat sangat begini mesti banyak masalah timbul..baik dari segi kualiti hidup mahupun kesihatan

BACA LAGI - Siapa Wanita Terberat Di Dunia